Wednesday 6 July 2011

NENAS MORRIS...manis dan ranggup..

Buah nenas spesies morris semakin popular dan semakin mendapat sambutan di kawasan utara terutama di Perak, Pulau Pinang dan Kedah..Bulan lepas aku telah pergi melawat salah satu ladang nenas di Pulau Pinang..

Luas jugak le kebun nenas ni tapi diorg tanam dalam kebun kelapa sawit.Maksudnya, sementara nak tunggu pokok kelapa sawit besar, diorg tanam ar nenas sebagai tanam sampingan. Selalunya tuan tanah ni pajak le kat sesiapa yang nak tanam nenas..kiranya 2 in 1 satu kebun ada sawit dan nenas...

- ini ar ladang nenas -

Rupa-rupanya, pokok nenas kena bagi hormon baru le dapat hasilkan buah yang besar dan bermutu..Kiranya, kalau sunti hormon kena pada tempoh matang buah akan jadi gred A, kalau tidak sampai tempoh yang betul buah akan jadi kecik..Sebiji buah gredA dijual RM1.50 manakala RM0.90 untuk buah gredB..

- begini ar saiz buah nenas morris -

Besar juga saiz buah nenas morris tapi yang selalu jual kat pasar-pasar xde ar sebesar ini mungkin jenis nenas lain kot..Buah nenas sedap dimasak pajeri nenas dan bila musim raya pulak buah nenas sangat laris sebab orang nak buat tat nenas..

- masih kecil lagi buah nenas ni -

- deretan buah nenas yang menanti masa utk masak -

Menurut pekerja kebun ni, buah nenas morris sangat manis dan ranggup. Sesuai untuk buat rojak atau makan begitu saje tapi nenas morris tidak begitu sesuai untuk buat jus sebab kandungan air nya kurang dari buah nenas josapine..Namun bagi aku, semua nenas sama je rasanya tapi bagi peminat nenas mugkin mereka lebih mengetahui keenakan semua jenis nenas yang ada di bumi kita ini....


xoxo
buntal-buntal

1 comment:

  1. hi,saya mencari pembekal buah nenas morris. sesiapa tahu pembekal call or sms nombor ini 0103711721.tq

    ReplyDelete