Wednesday 25 May 2011

POKOK CEMPEDAK..di tepi sungai dah berbuah

Pokok cempedak aku di tepi sungai dah berbuah, wah banyak giler..Ada dua pokok aje tapi buahnya sangat banyak. Mungkin ini rezeki family aku ar sebab ada sepokok lagi yang tanam tepi telaga xpenah berbuah, agaknya pokok jantan kot hehehe..

Bila dah berbuah, apa lagi ayah aku pun sibuk ar buat "sarung"..aku pun xtau nak panggil ape..sarung ni di buat dari daun nyior yang dianyam jadi macam bakul. Sarung ni dipakai kat buah cempedak sampai buah cempedak masak. Ini sebab xbagi serangga sengat. Nak tau masak, g la bau kat buah cempedak 2, kalau wangi semacam je kira masak le hehehe ni tip dari aku yang xberapa tahu la..tapi ada lagi tip nak tahu buah ni dah masak...

- ini buah cempedak yang sesuai di letak sarung -

Kalau berdasarkan gambar di atas ini, buah ini sesuai di letak sarung kerana buah ini akan membesar manakala buah kecil yang di hujung gambar ni xsesuai sebab dia akan luruh dan xakan membesar dan xkan ada isi...

- pokok kecik aje tapi buah banyak sangat -


- ini pulak pokok besar tapi buah xbanyak sangat -

Mari kita sama-sama tunggu buah cempedak ini masak, kang bila dah masak aku upload gambar isi buah dia tapi lambat lagi la sebab buah ni kecik lagi..


xoxo
buntal-buntal

No comments:

Post a Comment