Thursday 26 May 2011

BUNGA KEMUNING CINA..banyak khasiat rupanya

Kemuning cina, bunga yang aku suka tanam sebab mudah hidup, tabur je biji benih dia atas tanah besok-besoknya nti tumbuh la. kadang-kadang aku xpyah susah-susah nak tabur, biar je biji benih 2 jatuh sendiri pun boleh tumbuh gak. Ini pun bukan aku yang tanam tapi dia tumbuh sendiri, yang aku tanam dulu ni dah mati..

Bunga kemuning cina ada kaler ungu dan putih tapi kalau spesies yang lain ada kaler merah, pink or pink purple. Bunga dia ada lima kelopak je xpnah lagi aku tengok yang ada enam kelopak dan ada getah putih kalau kita petik daun dia. Biji bunga ni ada dalam kelonsong yang panjang, setiap kelonsong 2 ada banyak biji benih. Bila dah tua, kelongsong ini akan pecah untuk keluar kan biji benih bunga ini..


- kemuning cina kaler ungu -

Sebelum ini aku xtahu langsung yang pokok bunga ini banyak khasiat sampai la masa aku tengah buat final projek, member aku wat projek tissue culture pokok kemuning cina ini ar sebab pokok ni banyak nilai perubatan..Antaranya adalah anti-kanser dan boleh merawat penyakit leukaemia serta kencing manis dan lain-lain lagi. Tapi ada orang cakap pokok ni dikelaskan pokok beracun juga so hanya boleh diambil pada dos-dos tertentu sahaja untuk dijadikan ubat..Harap-harap lepas ni banyak ar orang kajian pasal pokok kemuning cina ini..


- kemuning cina kaler putih -

xoxo
buntal-buntal

No comments:

Post a Comment